Sunday, October 6, 2013

TUTORIAL CARA FORMAT WINDOW XP SP 1, SP 2, SP3


Artikel ini akan menerangkan langkah-langkah untuk memasang Windows XP ke dalam komputer anda. Sebelum membuat pemasangan, pastikan anda backup dulu dokumen yang penting ke dalam partition lain, atau lebih baik lagi ke dalam hard disk yang lain.

Mengapa Perlu Format Komputer?

Format hard disk dan install Windows XP ke dalam komputer biasanya dilakukan kerana dua sebab, iaitu:

• Anda baru sahaja membeli komputer atau hard disk baru, jadi anda perlu memasukkan OS ke dalamnya.
• Windows anda rosak, hang, atau dijangkiti virus. Dan install kembali Windows XP merupakan jalan terakhir yang terpaksa anda buat suapaya komputer anda kembali berfungsi seperti biasa.

Artikel pada kali ini akan mengajar anda cara-cara untuk format hard disk dan install
Windows XP ke dalamnya, langkah demi langkah. (Nota: artikel ini
dipenuhi dengan gambar rajah, jadi ianya mungkin mengambil sedikit masa
untuk dipaparkan). Jika anda ingin cetak artikel ini, download fail pdf ini. Ok, mari kita mula:


Tetapkan Boot Sequence Kepada CD-ROM


Bagi memastikan komputer anda akan membaca CD Windows XP yang akan dimasukkan, boot sequence haruslah ditetapkan kepada CD-ROM terlebih dahulu. Dalam kebanyakan komputer, setting
ini telah sedia ditetapkan, jadi anda tidak perlu bimbang lagi. Anda
boleh terus ke bahagian Format Hard Disk sekiranya tiada masalah di
sini.
Namun sekiranya komputer anda tidak membaca dari CD-ROM, ikuti langkah-langkah ini untuk menetapkan boot sequence:
(Nota: Setiap komputer mempunyai paparan BIOS yang tersendiri. Jadi,
apa yang anda lihat ini mungkin berbeza dari komputer anda. Namun,
konsep dan asasnya tetap sama)

1. Hidupkan komputer anda.
2. Tekan butang F2 (di sesetengah komputer, anda harus tekan butang DELETE) untuk melancarkan BIOS.
3. Dalam Phoenix BIOS, pilih Advanced BIOS Features.


4. Pilih Boot Sequence.



5. Dalam urutan Boot Sequence, tentukan yang CD-ROM berada di bahagian atas sekali.



6. Tekan F10 untuk simpan setting anda dan restart komputer.

Format Hard Disk


1. Pertama sekali, anda akan nampak satu skrin dengan mesej "Press any key to boot from CD�". Tekan apa-apa butang di sini supaya komputer akan mula membaca dari CD Windows XP.


2. Perhatikan mesej yang mula-mula keluar, "Press F6 if you need to install a third party SCSI or or RAID driver". Mesej ini penting sekiranya anda install Windows XP ke atas hard disk SATA. Jika ya, tekan F6 dan masukkan disket SATA yang disertakan bersama motherboard anda. Jika tidak, abaikan mesej ini dan teruskan ke Langkah 3. (Nota: Sekiranya anda nak install Windows XP kepada hard disk SATA tapi tiada disket, ikuti langkah ini)



3. "Welcome to Setup" dipaparkan. Tekan ENTER untuk mula install Windows XP.


4. Jika anda menemui skrin "Setup did not find any hard disk" ini,
besar kemungkinan anda menggunakan hard disk SATA. Kembali kepada
Langkah 2, atau ikuti langkah ini.


5. "Windows XP Licensing Agreement". Tekan F8 untuk teruskan.


6. Sekiranya hard hisk anda mempunyai Windows XP, Setup akan bertanya
sekiranya anda nak baiki Windows XP yang lama tu. Tekan butang ESC
kerana anda nak install Windows XP yang baru.


7. Sekiranya hard disk anda:

o masih baru dan belum mempunyai sebarang partition, ikuti langkah 7 hingga 8.
o tapi jika ia sudah ada partition di dalamnya, teruskan pada langkah 9.

8. Buat satu partition dengan menekan butang C.




9. Tentukan saiz partition anda dan tekan ENTER.




10. Pilih partition C: untuk install Windows XP. Ingatan: Kalau anda ada fail dan dokumen penting dalam partition C:, buat backup dengan memindahkan data tersebut ke dalam partition D: ataupun ke dalam external hard drive.


11. Tekan butang C untuk setuju.


12. Pilih NTFS sebagai file system dan tekan ENTER.


13. Tekan butang F untuk format Hard Disk.



14. Setup akan mula format hard disk dan menyediakan fail bagi proses install Windows XP. Setelah proses ini selesai, komputer anda akan restart dengan sendirinya.



Install Windows XP


1. Proses install Windows XP bermula. Klik pada butang Next.


2. Masukkan nama anda dan klik butang Next.


3. Masukkan nombor siri bagi Windows XP dan klik butang Next.



4. Masukkan password bagi Administrator dan klik butang Next.


5. Dalam ruangan Time Zone, pilih Kuala Lumpur dan klik butang Next.


6. Proses Setup telah bermula. Tunggu hingga selesai.


7. Sekiranya anda mempunyai Network Card, Setup akan meminta anda membuat pilihan mengenai Network. Klik sahaja pada butang Next sebanyak dua kali.


8. Tunggu sehingga keseluruhan proses install Windows XP selesai, dan komputer akan restart sekali lagi.



Mula Menggunakan Windows XP


1. Kali pertama Windows XP dimulakan, screen resolution anda akan diubah mengikut kesesuaian. Klik pada butang OK.


2. "Welcome to Microsoft Windows" dipaparkan. Klik pada butang Next.


3. Pilih "Not right now" dan tekan butang Next. Anda boleh mengaktifkan kembali Automatic Updates pada kemudian hari.


4. Windows akan cuba mengesan sambungan Internet anda. Anda boleh tinggalkan langkah ini dengan menekan butang Skip.



5. Pilih "No, not at this time" supaya anda tak perlu mendaftar dengan Microsoft. Tekan butang Next.


6. Masukkan nama anda dan tekan butang Next.


7. Klik pada butang Finish.


8. Kini, Windows XP telah siap sedia dipasang dan anda sudah boleh mula menggunakannya.


Itu sahaja langkah-langkah yang diperlukan untuk install
Windows. Senang, kan? Tak perlulah habiskan duit sehingga RM40 (atau
mungkin lebih) untuk menghantar komputer anda ke kedai hanya kerana nak
format PC, kerana anda boleh melakukannya sendiri..Selamat Mencuba!:)

Saturday, October 5, 2013

PUNCA BERLAKUNYA BLUE SCREEN DI PC




Blue Screen of Death (juga dikenali sebagai masalah terhenti, BSOD, bluescreen, atau Blue Screen of Doom) adalah perkataan harian digunakan untuk memaparkan masalah kesalahan oleh beberapa sistem operasi, khususnya Microsoft Windows, selepas menghadapi masalah sistem penting yang boleh menyebabkan sistem untuk shut down.

Kadang-kadang anda mungkin melihat skrin biru pada komputer anda semasa menghidupkannya. jika skrin berwarna biru keluar semasa startup ia menandakan operasi tidak dapat diteruskan kerana masalah pada sistem fail. Anda tidak boleh melakukan apa-apa selain merasa kecewa yang teramat sangat dan terpaksa mematikan komputer anda secara paksaan.


Penyebab utama skrin biru adalah kerana kekacauan dalam registry yang tidak pernah diambil berat oleh pengguna komputer. Registry bertanggungjawab untuk menjalankan perkakasan dan perisian yang menyimpan semua nilai yang sama. penggunaan komputer dengan lama tanpa menjalankan penjadualan scan boleh merosakkan registry dan mengakibatkan fail korup. Skrin biru akan muncul apabila registry tidak mampu untuk memuatkan pemacu.

Setiap kali komputer dihidupkan ia akan memaparkan arahan loading. Namun apabila ia tidak dapat mencari arahan yang betul disebabkan fail rosak, komputer akan mengeluarkan mesej "error". 

Anda hanya perlu menyingkirkan masalah blue screen tersebut dengan menjalankan aplikasi perisian seperti registry cleaner ataupun CCleaner. Sekarang ini banyak pembangun perisian telah memperkenalkan versi mereka sendiri bagi mengoptimumkan pc anda dan memadam semua fail yang rosak. Ia disarankan untuk menjalankan perisian tersebut  sekerap yang mungkin atau paling tidak pun seminggu sekali.


1. Serangan Virus atau Spyware
Virus dan Spyware boleh menyebabkan komputer anda dalam risiko yang tinggi menghadapi Blue Screen ini..Ia menyerang komputer anda tanpa anda sedari..Virus atau spyware ini boleh menyerang BIOS, Driver Device [Pemacu Peranti] yang membawa kepada kerosakkan pada fail-fail didalamnya.

2. Perkakasan Yang Gagal Berfungsi
Sekiranya perkakasan atau peranti komputer tidak dapat berfungsi sepenuhnya atau rosak, Windows Stop Error akan terjadi…Ia termasuk juga masalah CPU terlalu panas…

3. Perisian Yang Gagal Berfungsi
Perisian yang mempunyai masalah ketika proses pemasangan [install]…Perisian ini mungkin mempunyai masalah untuk berinteraksi dengan Windows kerana semasa proses pemasangan terdapat fail-fail yang telah rosak..Perisian yang tidak serasi dengan Windows juga boleh menyebab Blue Screen ini, contohnya Vista memerlukan perisian yang hanya dibangunkan khas untuk sistem operasi ini sahaja dan jangan sesekali install perisian yang tidak boleh beroperasi dengan Vista ini.

4. Device Driver [Pemacu Peranti]
Apabila perkakasan baru dipasang pada komputer dan pemacu perantinya tidak sesuai, salah atau tidak dikemaskini untuk perkakasan tersebut…Ini akan menyebabkan perkakasan tidak dapat berkomunikasi dengan baik dengan Windows.

5. Startup Error
Perkakasan gagal, driver rosak, corrupt file volume, system misconfiguration dan jangkitan virus boleh menyebabkan windows tidak boleh beroperasi ketika proses boot…Semua error akan dipaparkan sebelum Windows dipaparkan…Ketika proses boot, Windows tidak dapat berkomunikasi dengan fail-fail yang berkaitan dengan sempurna…

6. Registry Error
Kerosakan pada Registry boleh terjadi dengan tidak dijangka…Windows Registry ini mengandungi suatu sistem konfigurasi yang lengkap termasuk konfigurasi perkakasan dan device driver..Sekiranya terdapat ralat pada sistem Registry dengan mudah ia menyebabkan sistem tidak berfungsi dan menyebabkan Bue Screen.

Saturday, June 1, 2013

Pendapatan Pasif dengan upload File, etc Picture







Dapat menghasilkan wang dengan cara yang mudah adalah hal yang selalu dicari semua orang. Namun apa yang benar-benar penting adalah kenyataan bahawa jalan mana yang anda pilih di antara ribuan pilihan yang terdapat di pasaran talian untuk menghasilkan wang. Ada laman web yang akan membayar anda dengan mengupload file ke server mereka dan sangat produktif. Entry kali ini adalah berkenaan beberapa laman web yang boleh anda menjana wang secara online. Ini adalah 5 laman yang unik dan akan membayar pelanggan mereka dengan cara meng-upload file.

1. Docstoc.com

-Bayaran setiap upload file: 50/50 dari pendapatan yang dihasilkan
Anda hanya perlu menulis dan mempromosikan, Docstoc.com akan memaparkan iklan bersama dokumen anda, dan anda akan mendapat bayaran yang hebat. Setelah anda mendapatkan akaun di Docstoc.com, nikmatilah pendapatan pasif secara terus menerus, yang anda perlukan adalah akaun Docstoc.com dan meng-upload file sebanyak yang anda mahu kemudian selebihnya biarlah Docstoc.com yang melakukannya. Semakin banyak orang melihat dokumen anda maka semakin besar peluang anda untuk meningkatkan pendapatan iklan. Pembayarannya adalah 50/50 dan itu akan terus dtransfer ke akaun anda. Gunakan rangkaian sosial untuk mempromosikan dokumen anda seperti Facebook, Twitter, LinkedIn, Blog, dll.

2. Deposifiles.com


-Bayaran setiap upload file: $ 25 per 1000 download
Nikmati upload file tanpa batas, anda boleh menambah semua perkara yang ada di fikiran anda contohnya artikel atau video. Anda dibayar untuk sebarang fail yang anda upload entah itu lagu kegemaran, nada dering, game, perkuliahan, atau apa-apa yang anda punya. Dari pada mengupload ke tempat lain yang tidak menghasilkan, lebih baik anda upload ke sini dan menikmati bayaran yang akan anda dapatkan. Tetapi ada satu hal kendala iaitu fail yang diupload tidak boleh berkapasiti lebih dari 2GB.

3. Uploading.com

-Bayaran setiap upload file: $ 1-100 untuk setiap 1000 download
Satu laman lagi yang membolehkan anda mendapatkan wang secara online adalah Uploading.com. Ini adalah fakta bahawa anda akan mendapatkan menghasilan minimum sekitar $ 30. Jika fail anda unik dan banyak yang mendownload maka bersiaplah untuk menikmati pendapatan. Pembayaran dilakukan via PayPal, Wire Transfer, Webmoney dan Epese. Uploading.com adalah laman hard drive online popular jarak jauh yang selamat untuk backup data penting dan anda boleh dengan cepat dan selamat berkongsi fail dengan rakan dan rakan sekerja anda.

4. Crocko.com

-Bayaran setiap upload file: $ 1 per 500 download
Dapatkan penghasilan dengan menambah hingga 2GB, tetapi kerana melayani orang-orang dari segala usia dan budaya dari seluruh dunia, Crocko.com memastikan dokumen upload tidak melanggar undang-undang apa-apa dan benar-benar ofensif. Anda boleh memuat turun sebanyak yang anda boleh, tetapi jumlah non-aktif tidak akan disimpan lebih daripada 60 hari untuk pengguna yang mempunyai akaun percuma.

5. Shareapic.com

-Bayaran setiap upload file: $ 0.20 setiap 1000 paparan gambar
Laman membantu pengguna untuk meng-upload file dari hard disk dan juga membaginya dengan rangkaian rakan-rakan anda di laman-laman web rangkaian sosial yang berbeza. Walaupun jumlah yang dibayar kepada seseorang tidak akan menyebabkan orang itu kaya, tapi masih layak dicuba jika dibandingkan dengan platform picture sharing yang lain seperti Pictu dan Instagram yang tidak membayar apa-apa dari meng-upload foto.

Jana pendapatan pasif lah walaupun cuma sedikit. Good luck!

editedjanawangpage